Keratan Akhbar

Keratan Berita Bernama Online 4 Dis 2015 :

 

Anugerah Gemilang Kolej Komuniti Jana Modal Insan Kelas Pertama - Idris

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Anugerah Gemilang Kolej Komuniti merupakan platform dalam merealisasikan kecemerlangan yang jitu serta holistik untuk menjana modal insan dengan minda kelas pertama.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini adalah sejajar dengan misi kementerian untuk melahirkan insan yang kompeten, berinovasi dan berakhlak mulia agar mampu bersaing di negara dan antarabangsa.

Oleh itu, beliau berkata pelajar kolej itu tidak terkecuali dalam menjayakan aspirasi ini kerana mereka juga akan berhadapan dengan alam kerjaya yang kompetitif di luar sana.

"Kejayaan seorang pelajar yang holistik bukan sahaja akan membanggakan keluarga kesayangan, tetapi juga melonjakkan negara ke aras yang lebih tinggi dan memberi reputasi yang positif di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berucap pada perasmian Majlis Anugerah Gemilang Kolej Komuniti Tahun 2015 di Serdang dekat sini Jumaat malam.

Idris menyebut beberapa contoh kejayaan pelajar yang membuktikan kolej komuniti mampu bersaing di peringkat global di samping meningkatkan kepercayaan industri untuk mengambil pelajar kolej komuniti sebagai pekerja.

Antara pencapaian pelajar kolej itu ialah pingat emas dan gangsa di 4th Southeast Asia Karatedo Federation Championships 2015, kategori Perekacipta Harta Intelek (emas dan gangsa), Anugerah Best Entrepreneurship Mentor -Industry dan pingat emas bagi pertandingan World Skills Malaysia Belia 2015.

Sehubungan itu, Idris berharap melalui pendekatan penganugerahan ini, ia dapat memberi nilai tambah kepada para pelajar sejajar dengan hasrat kolej komuniti sebagai pusat perkembangan pendidikan yang membina komuniti berilmu dan berkemahiran.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada 117 penerima yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan melibatkan 91 kolej komuniti di seluruh negara bagi 14 kategori.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor.

-- BERNAMA

 

Full Reviw on best bokmaker - Ladbrokes Ladbrokes full information

Hubungi Kami

  • No. Tel: 09-6204200 | No. Faks: 09-6204203
  • Emel: kkganu@kkktu.edu.my
  • Alamat: Jalan Tengku Ampuan Mariam, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Pautan Pantas

maklumbalas
hubungi kami

  • 1Malaysia
  • jpa
  • jpkk
  • mampu
  • mara
  • mdec
  • mqa
  • msc
  • mygov
  • myid
  • mysms
  • trggov

Hari Ini : 35 | Jumlah Pelawat : 123057

  • Tarikh Akhir Kemaskini : Ahad / 11 Jun 2017 / 11:30:18.

Sesuai dilayari dengan menggunakan Chrome/Firefox/IE/Opera/Safari dengan resolusi 1024x786 ke atas.
Hakcipta Terpelihara © 2017, Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Downlaod Premium Themes