Misi & Visi

DASAR

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat yang memerlukannya. Di samping itu, ia memberi peluang dan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan tercicir dalam sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka meminati. Ia juga merupakan Pusat Latihan yang fleksibel dalam penawaran kursus, syarat kemasukan, umur dengan menawarkan kursus sepenuh dan separuh masa berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat. Kolej Komuniti juga berperanan sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

VISI KOLEJ KOMUNITI

Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

MISI KOLEJ KOMUNITI

Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :
  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat;
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.
Full Reviw on best bokmaker - Ladbrokes Ladbrokes full information

Hubungi Kami

  • No. Tel: 09-6204200 | No. Faks: 09-6204203
  • Emel: kkganu@kkktu.edu.my
  • Alamat: Jalan Tengku Ampuan Mariam, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Pautan Pantas

maklumbalas
hubungi kami

  • 1Malaysia
  • jpa
  • jpkk
  • mampu
  • mara
  • mdec
  • mqa
  • msc
  • mygov
  • myid
  • mysms
  • trggov

Hari Ini : 35 | Jumlah Pelawat : 123057

  • Tarikh Akhir Kemaskini : Ahad / 11 Jun 2017 / 11:30:18.

Sesuai dilayari dengan menggunakan Chrome/Firefox/IE/Opera/Safari dengan resolusi 1024x786 ke atas.
Hakcipta Terpelihara © 2017, Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Downlaod Premium Themes